Wednesday, January 9, 2013

TAHUN BARU 2013


TAHUN BARU 2013

Tahun Baru 2013
Adalah tahun yang ditakuti
Oleh ahli politik penipu Malaysia
Kerana tahun 2013 memaksakan PR 13
Yang kalau menang bertambah derita
Dan apabila kalah tidak sempat untuk menyembunyikan
Harta rampasan hasil penipuan.

Dan aku dengan sahabat taulan dan saudara mara
Melihat 2013 dengan rasa gundah malapetaka
Kerana pada tahun lalu belum berlaku banjir besar yang biasa
Kini para ilmuan mengesahkan perubahan cuaca
Banjir besar akan lebih teruk daripada biasa.
Disebalik itu orang politik yang berkuasa 
Semakin kurang ajar
Meniupkan budaya samseng
Budaya tamaddun bodoh
Supaya dapat terus berkuasa 
Menipu rakyat hidup dalam kebodohan dan ketakutan.

Penghuni kota pula
Seperti dulu-dulu berkumpul bersuka ria
Dan seperti biasa juga pada bulan September nanti
Banyak bayi-bayi yang tidak berdosa putus nyawa
Ditinggalkan disebalik semak-semak atau tong sampah
Mati dengan penuh derita yang tidak dapat disuarakan.

2013
Bagi yang beriman …
Terasa dekatnya hari mati.

Oleh Tun Sheikh
KL 1.1.2013

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Puisi Sastera
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere