Thursday, March 7, 2013

Lahad Datu & Tentera Sulu



Lahad Datu & Tentera Sulu
(Pencebohan Pengganas Sulu Yang Tidak Menjadi)

Porak peranda yang kau rancang
Tidak menakutkan
Kerana rakyat yang bijak bukan seperti UMNO lagi
Yang tidak bisa berfikir dek tersuap dengan wang rasuahmu.

Rakyat bukan lagi di bawah tempurung
Kecuali ahli UMNO yang terhijab dengan cahaya pencerahan
Kerana hijab hasil makanan haram yang menjadi kebanggaan
Dalam budaya Melayu yang sombong.

Dan semua orang tahu pengkhianatan yang kau lakukan
Menggempak rakyat dengan tentera upahan manusia sulu
Bagi menutup dosa-dosa tanganmu
Yang telah mengecaikan daging perempuan Monggolia
Menghilangkan bukti rasuahmu  menjadi debu
Padahal dalam kapal selam itu
Tempat kau beradu mencipta mimpi dan janji.

Oleh Tun Sheikh
Dutamas KL 3.3.2013

TAHUN BARU CINA 2013 TAHUN ULAR POLITIK MALAYSIA



TAHUN BARU CINA 2013 TAHUN ULAR POLITIK MALAYSIA

Tahun Baru Cina 2013
Adalah tahun ular Cina
Sifatnya membelit dan sangat licik
Ulitan badan yang cantik tapi
Tiada yang bersetuju ular adalah pengasih
Kecuali penipu dan ganas dalam tenang yang pura-pura.

Tahun Baru Cina 2013
Aku melihat orang politik Melayu terbelit sendiri
Dengan janji-janji penipuan diri
Janji-janji politik yang diketahui
Yang manisnya hanya di celah gigi
Menipu rakyat dengan wang pribadi.

Menipu dan akhirnya kena tipu
Dengan orang seni yang dengan mahalnya didatangkan dari Korea
Yang menunggang kuda lucah di pentas sambil menyanyi
Yang melemparkan malu di wajah Perdana Menteri
Yang syok sendiri merasuah Cina tapi mereka tetap tak sudi
Mereka tak mahu BN yang terlalu busuk dengan budaya korupsi.

Tahun Baru Cina 2013
Adalah tahun ular yang berupaya membunuh
Dengan pelbagai cara
Dari belitan dan patukan
Dengan racun bisa yang disemburkan
Atau dengan hanya mulut sekali telan
Bagai perilaku orang politik buasan
Yang merosak dunia dengan nafsu dan belitan.

Tahun Baru Cina 2013
Adalah petanda yang bakal disaksikan
Orang Melayu yang pelupa
Kerana kesombongan dan keangkuhan
Akan mati terbelit dengan ular peliharaan sendiri.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Petaling Street China Town KL 28.2.2013
 
Copyright 2009 Puisi Sastera
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere