Thursday, November 29, 2012

SUMPAHMU KE TALI GANTUNG


SUMPAHMU KE TALI GANTUNG

Aku akan jadi saksi
Kepada sumpahmu
Yang sungguh berani tapi sungguh jahil
Jahil yang tidak layak diberi pengampunan
Kerana jahilmu berkembar kesyirikan yang sadar.

Ah! Apa tidaknya
Kerana sumpahmu adalah sumpah syaitan yang dikenali
Sumpahmu dikelilingi oleh ulamak dan mufti
Sumpahmu bertopeng  kuasa PM yang hakiki
Sumpah persundalan yang sengaja kau lafazkan.

Dengan nama Allah dan Rasulullah katamu
Kau mengheret pengikutmu ke tebing neraka.
Ah! Apa tidaknya
Kerana kau dari dulu suka mempersenda agama
Dikelilingi mufti dan ulamak pengampu yang rabun dunia
Selepas ini nanti kau seperti biasa akan gelak ketawa
Dengan syaitan-syaitan taulanmu yang dikenali.

Tidakkah kau tahu??
Sumpahmu itu adalah kata pemutus antara hidup dan mati?
Kau bersumpah dengan nama Allah dan Rasul
Kau bersumpah dengan menceburkan teman-temanmu secara paksa
Akan kau pertahankan Islam katamu…
Islam yang selama ini kau perlekeh dan kau katawakan.

Kepada ku sebenarnya….
Kau sedang menyediakan tali gantung
Untuk lehermu dan leher semua pengikutmu yang taksub dengan tipu helahmu
Untuk mati dalam kesyirikan di tebing neraka
Lalu terhumban apabila tali itu kepanasan
Jika kau tidak kotakan.

Ya Allah…selamatkanlah aku dan hamba-hambaMU
Yang  ngeri dengan kesesatan ini.

Tun Sheikh Engku Bendahara
PWTC 29.11.2012


 
Copyright 2009 Puisi Sastera
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere