AMANAH DUIT PAMPASAN
Hari ini aku masih berasa hairan
Mengapa mesti mereka
dipercayai lagi
Setelah berlaku pelbagai penipuan
Sampai duit sipenderita buruh paksaan itu pun
Tidak dihiraukan atau telah lama luput dalam perut mereka
Dan dalam tanah
Sebagaimana najis dari bahan makanan mereka.
Lihat sahaja wajah-wajah mereka
Lihatlah dengan mata hati
Lihat dengan gerak rasa
Dengarkanlah bisikan nurani
Sayugia mereka adalah syaitan yang dikenali.
Masihkah kau curiga untuk berpijak di bumi nyata?
Maka bacalah oleh mu akan kitab pembeda
Dari Tuhan semesta alam
Yang telah menjanjikan petunjuk.
Maka bacalah oleh mu hadis-hadis rasul
Yang menjelaskan segala kekusutan.
Untuk kau pergunakan agar tidak memilih mereka lagi
Yang layak ke neraka jika terus mempersenda taubat diri.
Oleh Tun Sheikh
Jalan Duta KL 9.1.2013
No comments:
Post a Comment