Saturday, October 29, 2011

Bajet Malaysia 2012

Bajet Malaysia 2012

Bajet 2012
Memang mengiurkan
Melebarkan bibir untuk gembira dan bersenda
Kerana Bajet 2012 juga adalah untuk pilihanraya
Untuk kroni-kroni buat belanja
Mencari dan mengekalkan kebejatan kuasa.

Bajet 2012 tersirat dan rahsia
Yang pasti menguntungkan BN walaupun kecundang
Jika menang perut akan terus buncit
Rahsia makan rasuah pilihanraya
Oleh manusia segala bangsa
Yang telah buta hati menyokong penyelewengan.

Bajet 2012 adalah bajet pilihanraya 13
Jika kalah juga berupaya mengukir senyuman
Kerana meninggalkan hutang negara
Yang menyulitkan kerajaan baru untuk berdansa
Maka mudahlah fitnah menjalar
Dari video seks kepada pancutan yang hambar
Mereka akan terus bergelak ketawa
Kerana darah daging mereka subur dengan wang haram
Dari dalam perut, dada dan kepala
Terus digeletek oleh syaitan jalang.

Bajet apapun sebenarnya adalah milik rakyat
Maka hendaklah memilih pemimpin jujur
Supaya darah daging tubuh rakyat subur dengan yang halal
Supaya tidak buta hati kerana hidup dengan benda haram
Supaya celek dan senangnya hati kepada yang baik dan suci
Supaya tidak lagi berminda BN yang telah mahir dengan yang keji-keji.

Bajet 2012 bajet pilihanraya 13
Aku menantimu diurus pemimpin jujur
beramanah dan berkebajikan
Bukan BN yang telah menggelapkan hati
Kerana budaya rasuah haram yang dipaksakan.


Oleh Tun Sheikh
Ledang 23.10.2011

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Puisi Sastera
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere