Wednesday, March 30, 2011

Bau RTC Yang Meloyakan

Bau RTC Yang Meloyakan
RTC (Rubber's Top Conspiration/Ram Tambi Kecik)



Di kilang getah milik pekebun kecil itu
Engkaulah ketua
Tapi sayangnya kau tidak menghargai mereka
kerana mereka hanya pekebun kecil.

Engkau sanggup membakar kilang mereka
Kerana kau jutawan
Sehingga mereka yang kerdil dan kecil
Tidak tahan bau busukmu
Yang teramat teruk daripada bau bacin getah itu sendiri.

Sebenarnya itulah bau hasil perzinaanmu
Yang meluap di dunia
Dan akan berterusan di dalam kubur
Kerana kau berlaku zalim dan menganiaya
Kau menyibar fitnah pada musuh lama
Walau telah terbukti...
kau penzina anak kecil tidak berupaya.

RTC......
Entah apa lagi gelaranmu
Walau ada Tan Sri
Ketahuilah...
Inilah hasil haram yang menghiasi darah dan dagingmu
Mengheretmu kepada kecenderungan ke telaga busuk
Sebelum mati.

Namun...
Nyawamu belum sampai ke kerongkongan
Harta dan akalmu masih bertimbun-timbun
Sayugia...bertaubatlah
Kerana kau masih belum terlambat.

Jangan kau ikutkan nafsumu
Jangan kau ikut nafsu keling itu
Kerana puntalannya menjerut lehirmu
Biar dia sendiri menderita
Hasil tangan rakusnya semasa berkuasa
Usah kau ikut dia
Kerana mimpi dirimu menggantinya
Sudahpun berlalu.
Biarlah dia tengelam dengan mahakutinya
Dan kau cukuplah dengan tambi kecikmu.

Oleh Tun Sheikh
25.3.2011, Bukit Katil Melaka

Monday, March 21, 2011

Tsunami Jepun Apa Berita Mu?

Tsunami Jepun Apa Berita Mu?

Bila aku ditanya
Oleh seorang pakar ilmuan phd
Tsunami Jepun apa yang aku tahu
Aku jadi termanggu
Aku renung anak matanya dengan fikiran kosong
Aku terlihat dia mengharap erti tersirat.

Tsunami Jepun 13.3.2011
Tidak sedahsyat Aceh 26.12.2004
Tetapi manusia tetap mati walau sudah terjangka
Datangnya oleh peralatan canggih.
Di Acheh penyuci kesombongan
Di Jepun pun serupa
Sama wajah dan sama tujuan
Terhasil dari gempa yang di luar kawalan.

Dengan jawapan itu dia tersenyum tawar
Aku tahu jawapanku dianggap hambar
Lalu aku berkata...
Ingatlah hari matimu walau tidak pasti
walau telah puas meraba bila
tetapi tetap tidak berjumpa...
Kerana kiamat dirimu pasti datang
Dalam keadaan rahsia dan diam.
Dan kiamat besar sedang berlaku tanda-tandanya
Di serata dunia.....
Dan phd mu manfaatkanlah untuk kebaikan alam
Dan sebagai bekal di akhirat.

Aku ditanya lagi
Keadaan pergolakan dunia Arab
Aku hanya berkata...
Kerajaan menutup berita itu
Menjadikan tsunami Jepun berita perdana
Untuk membunuh tsunami pemikiran politik
Di sini, di tanah yang bertuah ini.

Dia seperti mahu bertanya lagi
Aku katakan padanya....
Jangan sampai phd mu dibanjiri tsunami suapan.
Membuat dirimu gagal mengerti tsunami keluhuran.
sampai di sini dan titik.

Oleh Tun Sheikh
Gunung Berlumut Kluang
19.3.2011

Monday, March 7, 2011

Saman Ekor

Saman Ekor

Berikutan Ugutan Disenaraihitam lepas 10 Mac 2011


Aku adalah rakyat yang dianiaya
Oleh Kerajaan pilihanku sendiri
Kerana aku telah merasakan getirnya
Saman ekor yang tidak berkepala ini.

Dulu aku berbangga dengamu
Kerana sopistikated atau kecanggihan
Aku bangga dengan kemajuanmu
Demi kebaikan dalam dunia pemotoran
Membantu petugas bekerja cekap dan pantas.

Tapi....mataku dipaksa olehmu tercelik
Kerana kau dipolitik dan disalahgunakan
Kau mendera aku membayar saman
Tanpa aku dapat bela diri keadilan
Kau pungut hasil saman berjuta ringgit dengan penuh kebanggaan
Tanpa peduli kesengsaraan orang.
Kau cipta hari-hari gelap dan usang
Jika tidak mahu membayar saman.

Saman ekor....
Bila mataku telah menjadi kecil dek kemarahan
Aku terlihat semua kronimu yang berbangga.... berekor belaka
Aku menanti dengan dendam
Ekor-ekormu akan aku potong bila berpeluang
Tunggulah....
Kerana kau telah zalim dan aniaya...
Ratib dan Atid yang mencatat dosa dan kebaikan
Pun tidak sepertimu.....
Kau yang tadinya telah berekor
tentunya sebentar lagi bertanduk pula.

Kerana .... kau tidak pernah perihatin
Kerana..... terlalu banyak mengalirnya darah rasuah
Dalam dirimu yang telah buta siasah dan amanah.

Saman ekor....
Bunuhlah dirimu sebelum kau melahirkan pembunuh
Kerana banyak rakyat akan gila
terugut dan terancam dengan ekormu
Baliklah ke pangkal jalan.
Samanlah dengan kehadiran petugas yang amanah
Supaya rakyat puas dan tidak teraniaya.
Sebelum ekor-ekormu dicincang semua.

Merugikan rakyat setelah kecanggihanmu
Dibayar begitu mahal untuk memperolehnya.
Gara-gara buta dek terlalu mengipas perasuah.


Oleh Tun Sheikh
KL 5.3.2011
 
Copyright 2009 Puisi Sastera
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere