Sunday, December 29, 2013

Melayu AMNO Menipu Lagi

Melayu AMNO Menipu Lagi

Menjelang penutupan tirai 2013
Puak Melayu AMNO sanggup meninggalkan rekod hitam
Kepada orang Melayu dan Melayu Amno Sendiri
Rekod hitam durjana memfitnah
Demi kuasa jalang untuk terus berada dalam tangan.

Aku seru jiwa Melayu...
Ayuh bangunlah! dan keluarkanlah dirimu dari disumpah makhluk bumi
Kerana bersekongkol dengan pembuat fitnah
Yang sedang menunggu masa mendapat kafarah
Yang akan punah kerana makan daging mayat saudara sendiri.

Fitnah itu bukanlah gurauan
Fitnah itu bukan lawak jenaka
Fitnah itu tanda ahli neraka
Mahukah kamu hai Melayu ke neraka mengikut mereka?
Yang kelihatan begitu hebat dan berkuasa ketika ini
Dari hasil haram penipuan, rasuah dan penganiayaan?

Dengarkanlah hai Melayu...
Siakap, senohong, gelama ikan duri
Bercakap bohong lama-lama mencuri.

Masihkah kau Melayu sedang tidur lena?
Pemimpinmu bukan sahaja berbohong menipu 
Tetapi telah pun mencuri
Dan membudayakan fitnah untuk menyelamatkan diri
Mencuri hak rakyat dan harta negara
Dan menipu serta fitnah ada orang mahu mengamuk
Merampas kuasa...
Pada hal itu hanya....
Untuk mengingatkan bahwa budaya tipu dan rasuah Melayu AMNO
Sudah melampaui batas!
Rakyat sudah terasa derita.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Muzium Diraja Johor Bahru 22.12.2013

Aku Menimang Cucu

Aku Menimang Cucu

Cucuku lahir di Tikam Batu Kuala Muda
Aku bersyukur dengan kurniaan itu
Namun jauh di dalam hati
Benciku terhadap AMNOBN bertambah membara
Kerana sendi siku cucuku terseliuh keluar akibat kecuaian
Bidan AMNO yang besar kepala.

Aku berterima kasih kepada doktor yang merawat
Kerana mengaku kesilapan anakbuah
Memang wajar fahaman politik jangan dibawa
Supaya lebih profesional tidak bias dalam kerja.

Doaku panjang dan jauh ke penghujung usianya
Memohon Tuhan pulihkan sihat seperti kakaknya
Risauku dan sedihnya sampai tidak terkata
Apabila terbayang tangan cucu cacat milik anak dara.

Oh..Tuhan..Engkaulah Pemerintah Se Alam Buana
Engkau Berkuasa dan Mengetahui segalanya.

Mohon makbulkan doa hamba
Meskipun doktor pakar yakin berjaya
Memasukkan semula siku sibayi yang tidak berdosa.
Dan jadikan hamba sekeluarga redha dan terus mensyukuri 
Nikmat dan RahmatMu ya Allah.......

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Tikam Batu Kuala Muda Kedah 9.12.2013

Mengintai Pulau Pinang

Mengintai Pulau Pinang

Pulau Mutiara Timur
Adalah namamu di zaman dulu
Zaman ketika kau bermegah dengan pentadbir kolonial
Yang memperbodoh Melayu dalam senyuman.

Sehingga anak bumi lupa tamadun dan kebudayaan ayahbonda
Warisan datuk nenek moyang dan onyang ganyut
Bahawa tamadun Melayu di Kedah itu bukanlah purba
Tetapi tinggi mengalahkan tamadun barat dan dunia.

Dan aku pula
Tidak pernah tidak menjengokmu setiap tahun
Selalunya dua kali atau setidaknya sekali
dan pada hari itu
aku terkelu kerana tidak dapat tidur dalam hotel murahmu
Sudah tiada yang berani meletak harga bawah RM100
Dan hotel murahmu yang berharga RM100-230 penuh semua
Sehingga anak-anakku menyaran tidur dalam van saja
Kerana sudah jam 2.00 pagi sejak jam 10.00 mlm
Tidak bertemu hotel tune mahupun backpacker.

Namun tercuit di hatiku sedikit kegembiraan
Kerana aku disambut dengan kebersihan
di setiap sudut jalan raya mu yang jauh baik daripada zaman GerakanBN
Yang pernah ku sangka dulu tempat pembuangan sampah
dan bau-bau yang meloyakan.
Sehingga aku bersalah sangka dengan budaya hidup tikusmu.

Kini aku gembira kerana DAP tunjuk banyak kesefahaman
Terhadap Islam yang menerajui nilai universal
Kerana pemimpinnya sama-sama belajar toleransi agama di penjara BN
Ketika membela sigadis sunti Melayu yang diperkosa si Tambi Melaka.
Lalu coba-coba menggunakan panduan Quran yang relevan. 
Tetapi dihalang AMNOBN......

Ketika aku mengintaimu hari itu
Aku gembira dengan nasib Melayu
Tapi sedih ...kerana masih kedengaran lagi
Melayu AMNO mamakmu masih meletak ramuan biji ganja
Dalam nasi kandarmu yang aku gila-gilakan.

Oleh Tun Sheikh
P.Pinang 7.12.2013

 
Copyright 2009 Puisi Sastera
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere