Saturday, August 27, 2011

Kemerdekaan Islam

Kemerdekaan Islam


Anakku.....
Sambutlah Kemerdekaan dirimu
Kemerdekaan Jiwamu
Dengan kefahaman Islam
Yang suci, sederhana dan selamat
Yang....
Telah terjamin dan diredha
Oleh Pencipta yang mencipta segala sesuatu
Bukan dengan main-main

Anakku.....
Merdekakanlah dirimu
Dengan kerinduan pada Illahi
Yang engkau tidak tahu
Tuhan Yang tidak setara dan sekutu
Tidak beranak dan diberanakkan
Tuhan yang apabila engkau tahu
Masih bukan tuhan

Kerana Tuhan itu...
Tidak boleh diserupakan
Engkau mengabdi menjadi hamba kepadaNYa
Kerana engkau hamba yang bebas
dari faham dan dapat membentuk tuhan
Dia wujud dengan sifat dan zat yang hanya layak bagi diriNya
Dia Esa dengan KemahaesaanNya yang tidak dapat difikirkan
WujudNya dalam pengharapan yang engkau mesti yakin
Dia tetap wujud meskipun tidak akan memahamkan
Kerana...
Jika engkau tahu Tuhan bagaimana dan macam mana
Maka di situ ada syaitan jalang yang menipumu.

Merdekalah anakku
Merdekalah dengan kefahaman penyerahan
Kepada Kemahaesaan yang hanya layak bagiNya
Meskipun engkau tidak tahu bagaimana dan macam mana
Tapi engkau yakin Allah Wujud dengan KewujudanNya.

Merdekalah anakku
Merdeka dari meminta syurga dan apa-apa upah
Dari Tuhan Yang Esa
Merdekakan dirimu sehingga engkau musnah
Dalam kewujudanmu
Kecuali Allah semata-mata
dan jangan sekali-kali engkau tertipu
Mengatakan dirmu bersama Tuhan.


Oleh Tun Sheikh
Benut Pontian 12.30 tgh hari 27.8.2011
 
Copyright 2009 Puisi Sastera
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere