Saturday, October 1, 2011

16 September Hari Malaysia 2011

16 September Hari Malaysia 2011

Rakyat Kedah Tersenyum 1001 Makna



Aku menyambutmu dengan rasa syukur
Dengan keluargaku di Pulau Lagenda Langkawi
Kerana aku ingin melihat keramahan dan kememesraan
Kerajaan pembangkang mentadbir negeri.

Aku sangat gembira bila PM mansuhkan ISA
Tapi seperti biasa itu hanya pengumuman janji
Yang belum tentu terkota
Kerana janji politik itu bercabang-cabang

Dan....
Aku memerhati dan mendengar
Pentadbir negeri serta rakyatnya
Tidak senang walau suka
Kerana mereka mendakwa itu adalah pembohongan
Kerana mereka tidak yakin lagi kepada UMNO yang hipokrit
Kerana terbukti mereka berjaya mentadbir negeri dengan baik
Malah lebih baik, telus dan berkebajikan
Tetapi kerajaan BN tidak memberi pengiktirafan
Sebaliknya menguar-uarkan keburukan yang tiada
Atau kelemahan sedikit yang tidak harus diperbesar-besarkan.

Rakyat Kedah yang raut wajahnya petani
Tidak lagi seperti petani di zaman BN
Mengerut dan kasar mengerutu
Kerana bertambah seri dan berpuas hati
Dengan ketelusan dan kebajikan pemerintahan pembangkang.

Rakyat Kedah gembira dengan ISA yang akan tiada
Tetapi masih tidak percaya
BN adalah baik seperti PAS yang telus
Tiada lagi diskriminasi walau berlainan fahaman politik
Tapi sayang sekali...
BN menyekat kewangan seperti perangai mereka dengan Kelantan.

Rakyat Kedah amat gusar
Apabila BN bercakap kebajikan
Di Hari Malaysia 2011 apabila masih ada lagi
Rantai-rantai janji yang mengikat diri
Dengan kebebasan dan ketelusan.

Kerana bagi mereka
PM sudah lupa bahawa mereka sama-sama Melayu
Sama-sama rakyat Malaysia
Sama-sama seugama Islam
Tetapi janji PM hanya janji Melayu UMNO
Bukan janji Islam seperti diharapkan.

Oleh Tun Sheikh
16.9.2011, Padang Mat Sirat Langkawi

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Puisi Sastera
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere