Monday, March 21, 2011

Tsunami Jepun Apa Berita Mu?

Tsunami Jepun Apa Berita Mu?

Bila aku ditanya
Oleh seorang pakar ilmuan phd
Tsunami Jepun apa yang aku tahu
Aku jadi termanggu
Aku renung anak matanya dengan fikiran kosong
Aku terlihat dia mengharap erti tersirat.

Tsunami Jepun 13.3.2011
Tidak sedahsyat Aceh 26.12.2004
Tetapi manusia tetap mati walau sudah terjangka
Datangnya oleh peralatan canggih.
Di Acheh penyuci kesombongan
Di Jepun pun serupa
Sama wajah dan sama tujuan
Terhasil dari gempa yang di luar kawalan.

Dengan jawapan itu dia tersenyum tawar
Aku tahu jawapanku dianggap hambar
Lalu aku berkata...
Ingatlah hari matimu walau tidak pasti
walau telah puas meraba bila
tetapi tetap tidak berjumpa...
Kerana kiamat dirimu pasti datang
Dalam keadaan rahsia dan diam.
Dan kiamat besar sedang berlaku tanda-tandanya
Di serata dunia.....
Dan phd mu manfaatkanlah untuk kebaikan alam
Dan sebagai bekal di akhirat.

Aku ditanya lagi
Keadaan pergolakan dunia Arab
Aku hanya berkata...
Kerajaan menutup berita itu
Menjadikan tsunami Jepun berita perdana
Untuk membunuh tsunami pemikiran politik
Di sini, di tanah yang bertuah ini.

Dia seperti mahu bertanya lagi
Aku katakan padanya....
Jangan sampai phd mu dibanjiri tsunami suapan.
Membuat dirimu gagal mengerti tsunami keluhuran.
sampai di sini dan titik.

Oleh Tun Sheikh
Gunung Berlumut Kluang
19.3.2011

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Puisi Sastera
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere