Monday, March 7, 2011

Saman Ekor

Saman Ekor

Berikutan Ugutan Disenaraihitam lepas 10 Mac 2011


Aku adalah rakyat yang dianiaya
Oleh Kerajaan pilihanku sendiri
Kerana aku telah merasakan getirnya
Saman ekor yang tidak berkepala ini.

Dulu aku berbangga dengamu
Kerana sopistikated atau kecanggihan
Aku bangga dengan kemajuanmu
Demi kebaikan dalam dunia pemotoran
Membantu petugas bekerja cekap dan pantas.

Tapi....mataku dipaksa olehmu tercelik
Kerana kau dipolitik dan disalahgunakan
Kau mendera aku membayar saman
Tanpa aku dapat bela diri keadilan
Kau pungut hasil saman berjuta ringgit dengan penuh kebanggaan
Tanpa peduli kesengsaraan orang.
Kau cipta hari-hari gelap dan usang
Jika tidak mahu membayar saman.

Saman ekor....
Bila mataku telah menjadi kecil dek kemarahan
Aku terlihat semua kronimu yang berbangga.... berekor belaka
Aku menanti dengan dendam
Ekor-ekormu akan aku potong bila berpeluang
Tunggulah....
Kerana kau telah zalim dan aniaya...
Ratib dan Atid yang mencatat dosa dan kebaikan
Pun tidak sepertimu.....
Kau yang tadinya telah berekor
tentunya sebentar lagi bertanduk pula.

Kerana .... kau tidak pernah perihatin
Kerana..... terlalu banyak mengalirnya darah rasuah
Dalam dirimu yang telah buta siasah dan amanah.

Saman ekor....
Bunuhlah dirimu sebelum kau melahirkan pembunuh
Kerana banyak rakyat akan gila
terugut dan terancam dengan ekormu
Baliklah ke pangkal jalan.
Samanlah dengan kehadiran petugas yang amanah
Supaya rakyat puas dan tidak teraniaya.
Sebelum ekor-ekormu dicincang semua.

Merugikan rakyat setelah kecanggihanmu
Dibayar begitu mahal untuk memperolehnya.
Gara-gara buta dek terlalu mengipas perasuah.


Oleh Tun Sheikh
KL 5.3.2011

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Puisi Sastera
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere