Wednesday, September 18, 2013

Merdeka 31 Ogos 2013



Merdeka 31 Ogos 2013

Merdeka tahun ini seperti kabut yang menutupi
Dan kabut  itu adalah gairah dan ceria hari raya puasa
Pemimpin BN kelihatan lesu tidak bermaya
Kerana tidak sanggup berbelanja
Menggunakan wang sendiri mahupun dari kerbau sembelihan.

Duit kantung pribadi yang digarap secara rasuah  tidak lagi untuk rakyat seperti dulu-dulu
Setelah kantung parti dan duit kerajaan tertabur di hari pilihan raya.
Garis-garis kerisauan jelas terpampang di wajah mereka.
Para ceti kapitalis  telah mula mendesak naik harga
Kerana wang ditaburkan itu berjuta-juta.

Rakyat pula sudah berkira-kira lokek untuk membeli bendera
Kerana muak dengan penipuan BN yang menjadikan hari kemerdekaan
Seperti hari milik parti mereka sahaja.

Merdeka tahun ini seperti melepas batuk di tangga
Kerana suasana pilihan raya masih terasa
BN menang hasil konspirasi duniawi
Hujung di suatu sudut yang hitam
Mereka berperang dengan pelbagai rasa
Untuk memulangkan modal para kroni
Dengan menaikkan harga barang atau apa saja
Dengan penuh kebimbangan, cuak dan curiga
Kerana rakyat yang bodoh akan dikorbankan lagi.

Oleh Tun Sheikh
Padang Pahlawan Melaka 31.8.2013

Aidil Fitri 2013



Aidil Fitri 2013

Datangmu dengan mentautkan hati antara keluarga dan sahabat handai
Yang masih panas terpisah atas keterlanjuran fahamam politik yang sering memangkah.
Yang kalah masih tidak berpuashati
Yang menang yakin bersalah kerana menipu bangsa sendiri.

Jauh di lubuk hati terasa sama-sama sungguh bersemangat
untuk membina bangsa harmoni, telus dan berintergriti.
Tetapi apabila terasa tangan yang belum keluar dari saku
Keinginan terus berkuasa dan memiliki duit curi
Bergejolak mengapungkan angan-angan  serta nafsu serakah
Takut miskin dan seronok bermewah-mewah…
Seronok bermegah-megah…
Seronok kelihatan kaya dan gah
Meskipun kesemuanya adalah habuan rasuah!

Aidil Fitri Ogos 2013
Adalah hari kemaafan sesama keluarga dan sahabat handai
Walau telah mula menjadi basabasi
Ia tetap dianggap mulia di sisi Illahi.

Oleh Tun Sheikh
Parit Jawa Muar 8.8.2013

Pilihanraya Kecil Besut



Pilihanraya Kecil Besut

Pilihanraya Kecil Besut membuatku mendongak ke langit
Terasa Tuhan menguji lagi
Terasa Tuhan memberi peluang dan pilihan
Tuhan membuka pendaftaran nama para pejuang
Meskipun hanya melalui perbuatan tangan
Untuk memilih antara pemimpin yang mencegah kemungkaran
Dengan pemimpin pengamal kefasikan

Terasa Tuhan memberi peluang lagi
Untuk mengubah system kepimpinan
Mengubah haluan sejarah politik
Dalam tangan penduduk Besut yang pasti akan ditanya.

Pilihanraya Kecil Besut berlansung di bulan puasa
Mengikat dan sebagai pencerahan campur tangan si jalang
Bagi orang yang cintakan pahala
Pemilihan dan ikhtiar yang diberi sangat nyata.
Lalu menang jua BN dengan angkuh dan serakahnya
Tapi tidak perlulah kecewa dan menggigit jari.
Kerana begitulah kehendak Tuhan apabila sesebuah tamadun akan dihancuri.

Oleh Tun Sheikh
Padang Temu Melaka 31.7.2013

Saturday, May 4, 2013

Undilah Dengan Bijaksana



Undilah Dengan Bijaksana

Anak-anakku
Esok 5 Mei 2013 adalah hari mengundi PR 13
Telahpun kau  lihat betapa jalangnya mereka
Telahpun kau alami betapa liciknya mereka
Menabur duit , janji serta akujanji  muluk dan manis.

Kau juga telah saksikan
Bagaimana  mereka mengerakkan samseng-samseng bodoh
Yang terdiri dari anak-anak muda yang  gelap masa depan
Yang suka dan cinta berpoya-poya
Yang suka merempit menjadi supermen
Menunggu jalan dengan  jiwa rasis yang menakutkan.

Anak-anakku
Kau juga telah melihat musuh mereka itu adalah pencinta kedamaian
Mencitakan keharmonian dan bersih hati bersih pikiran
Untuk membangun sebuah Negara bangsa berkebajikan
Bebas dari budaya rasuah, kroni dan nepotisma
Mereka tidak rasis walau dituduh dengan kejam
Mereka bukan komunis walau difitnah dengan segala macam.

Bukankah kau telah melihat mereka tunduk kepada keagongan Tuhan?
Mengajak yang bukan Islam mengenal kebaikan.
Dan esok hai anak-anakku
Adalah hari kau membuktikan kematangan pemikiranmu
Kau akan menjadi saksi dan mempertanggungjawabkannya di depan Tuhan
Yang telah memberi kuasa ikhtiar kepadamu untuk memilih
Dengan kekuatan dan perbuatan tanganmu
Yang akan menentukan imanmu sama ada engkau hamba yang bahagia atau sebaliknya
Untuk engkau pilih pemimpinmu
Sama ada yang rasuah dengan yang bersih berkebajikan!
Sama ada kau menjadi teman syaitan yang dikenali
Atau kau yakin kepada malaikat yang mendoakan kesejahteraan dirimu sendiri………

Oleh Tun Sheikh
Sate pagi Muar 4.5.2013

Monday, April 22, 2013

Pandainya AMNOBN



Pandainya AMNOBN

Pandainya AMNOBN
Pandainya   AMNO BelaoN merdekakan Negara
Pejuang  lain bodoh dan pengkhianat  belaka
Pandainya AMNO BelaoN mentadbir Negara
Sehingga semua pemimpin AMNO Belaon kaya raya
Pandainya AMNO BelaoN membangun Negara
Orang lain bodoh saja.

Pandainya AMNOBN
Yang tak reti bahasa
Tak faham maksud BelaoN
Yang ditujukan kepadanya
 Pandainya AMNO BelaoN mencipta suasana curiga
Pandainya AMNO BelaoN merobek perpaduan bangsa
Pandainya AMNO BelaoN mereka karya bogel dan fitnah
Sehingga diri sendiri menjadi haram jaddah.

Pandainya AMNO BelaoN jadi yahudi hiporit
Memerintah Negara kepada yang BelaoN saja
AMNO BelaoN riak dan takbur minta jasa diungkit
Kerana tak faham rakyat adalah semua
Bukan rakyat AMNO BelaoN  saja.

AMNO BelaoN adalah kerajaan belaon yang rasis
Kerajaan Amno yang bias kepada Melayu BelaoN saja.
Yang telah sesat kerana tamak haloba dan prejudis
Yang rakus merompak harta benda hak awam negara.

Pandainya AMNO BelaoN
Mengerah syaitan yang dikenali menjadi saudara
Menipu bangsa sendiri setelah diberi kuasa
Mengangkat Islam bagai quran yang dijadikan azimat
Sehingga menjadi buruk tetapi tidak pernah dibaca dan lihat.

Pandainya AMNOBN
Pandai sungguh AMNO Belaon menipu dalam budaya bodoh
Supaya terus berkuasa
Menipu dan menjadikan rakyat BelaoN semua.

Oleh Tun Sheikh
Ampang KL 20.4.2013
 
Copyright 2009 Puisi Sastera
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere