Tuesday, September 18, 2012

Hari Malaysia 2012


Hari Malaysia 2012

Tahun 2012 Hari Malaysia
Ku lihat banyak tuntutan fikiran dan maruah
Orang Sarawak dan Orang Sabah
Yang tidak selesa dengan pelbagai salah istilah
Menuduh umno menyeleweng fakta
Meracuni pemikiran rakyat
Dengan kata-kata mereka merdeka melalui Malaysia.

Malaysia sebenarnya adalah perpaduan
Perpaduan bangsa Melayu Nusantara
Bukan masuk Malaysia dan merdeka
Tetapi membina bersama
Sebuah Negara bangsa baru
Antara Semenanjung Tanah Melayu
Sabah dan Sarawak
Berpadu sebagai Malaysiaku.

Malaysia…..
Malaysia bukanlah kemerdekaan
Dari penjajah dan penjajahan
Kemerdekaan Semenanjung Melayu juga tidak jelas
Kerana ditipu dan keliru dengan istilah penaungan.


Malaysia adalah perpaduan
Yang seharusnya disatu dan diperbesarkan
Hari merdeka boleh ditinggalkan
Kerana mewarisi minda hanba tawanan
Bukan sebagai sebuah Negara bangsa yang perlu dimegahkan
Kecuali Malaysia….
Sebuah Negara bangsa berdaulat
Hasil sebuah perpaduan oleh pelbagai suku
Dan pelbagai kelainan kepercayaan
Tetapi dari satu asal keturunan yang sama….
 sebagai Melayu Nusantara,
Sebagai Melayu Polinesia
Berpadu dalam dunia moden,
Itulah Malaysia.

Oleh Tun Sheikh
Tmn Kota Jaya, Kota Tinggi 16.9.2012

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Puisi Sastera
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere