Hari Malaysia 16
September 2012
Hari Malaysia 2012
Ku sambut dengan menjadi jurucakap keluarga
Menerima rombongan pinangan anak saudara
Si dara dan si janda yang lawa
Pagi Di Kota Tinggi dan petang di JB.
Yang menggoyang batang pohon kegembiraan jantung hati
Kerana pemikiran dan kencenderungan keluarga rombongan yang
datang
Meskipun berlatar
umno totok
Tetapi telah berparadigma minda
Yang mengaku masih sayang UMNO tetapi benci.
Sayang kerana UMNO membangun Negara
Benci kerana pemimpinnya telah pecah amanah
Lupa diri lupa naluri.
Benci kerana budaya rasuah dan kroni berleluasa.
Benci kerana berfikiran jumud memihak pendusta.
Mereka berjanji akan
berkempen menyingkirkan umnobn
Dalam PR 13 nanti yang tidak sabar lagi dinanti
Untuk memberi pengajaran
dan keinsafan.
Supaya Melayu UMNO di hari muka
Kembali ke perjuangan asal sebagaimana datuk nenek moyang
mereka
Yang ikhlas menabur jasa untuk kepentingan agama dan bangsa
Bukan menipu bangsa sendiri untuk cepat kaya.
Dan melihat agama mudah dipersenda.
Oleh Tun Sheikh
Taman Sutera JB 16.9.2012
No comments:
Post a Comment