Takkan Ku Alirkan Airmata Untukmu
Meskipun warna kulit kita serupa
Meskipun asal usul kita sama
Tapi entah macam mana
Engkau yang ku taksubkan dulu
Telah menumpahkan gula yang tawar
Dan gula yang pahit ke dalam hatiku.
Kau seperti dalam kesesatan diri yang kau sendiri
Tidak mengerti kerana terhijab dengan kesombongan
Kuasa yang kau fikir milikmu
dan berterusan kekal lama memaniskan
Riak dan ujub di hatimu.
Kembalilah
Kembalilah mensucikan hati-hati Melayu
Dengan meninggalkan budaya rasuah perintah
Kembalilah menghayati landasan hidup ini
Dengan rahmat agama yang dihadiahkan.
Usahlah kau terus sombong dan angkuh
Menari dalam kesesatan siang dalam setiap kali perhimpunan.
Melayu yang kau perjuangkan
Telah diintai airmata bangsamu yang luhur
Yang tidak jemu menasihatimu agar usah angkuh
Mata yang akan menangis kerana kau sesat dan menyesatkan.
Tapi aku tidak rela menangis keranamu
Takkan ku alirkan airmataku untukmu
Kerana.....
Kau telah menyombong diri bukan padaku
Tapi pada Tuhan...
Oleh Tun Sheikh
PWTC KL 1.12.2011
Wednesday, December 7, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment