Aku Termanggu-Manggu
Semingggu sudah berlalu
Sedih hatiku masih berbicara kelayuan
Tapi mengapa aku termanggu-manggu
Akibat tanah runtuh yang Tuhan datangkan
Yang meragut nyawa insan kecil
Mahu menjadi hafazan.
Hatiku terbakar bila berita sudah reda
Kerana mangsa bencana adalah orang agama
Pemimpin Melayu hilang entah ke mana
Bantuan pun tidak kunjung tiba
Kecuali dari rakyat miskin yang peka
Yang telah memberi seadanya.
Apa perlunya hati ini membenci
Pemimpin Melayu yang memandang nasib anak-anak yatim
Seolah-olah bukan perkara besar yang menguntungkan
Apa perlukah panas hati ini terus membara
Sehingga terpaksa berlawan dengan kesabaran
Lalu memanggukan tindakan dan pergerakan.
Aku termanggu-manggu
Walau otakku ligat memikirkan
Terasa sungguh sanggup hatiku
Melepaskan panah arjuna
Kepada pemimpin Melayu yang tidak mengenal lagi
Kemanusiaan....
Manakah kutipan zakatmu yang berjuta
Adakah terpaksa menunggu dulu perkiraan faedahnya
Dari hasil perniagaan dan pelaburan
Baru setelah itu engkau akan berikan
Oh!! sungguh aku menunggumu di hari pengadilan.
Meskipun ketika ini aku termanggu-manggu
Tapi roh dan fikrahku tidak layu.
Tun Sheikh
Hulu Langat
3.00 am 31.5.2011
Saturday, July 16, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam. Boleh saya tahu apa maksud sebenar termanggu-manggu? Sudah sekian lama saya mencari makna sebenar perkataan tersebut dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, namun tidak saya jumpa dalam senarai perkataan (mungkin saya tersilap kata dasar). Adakah perkataan ini membawa erti seseorang itu keliru dan hairan akan sesuatu hal, lalu dia berfikir mengenainya?
ReplyDelete