Wednesday, April 27, 2011

PRN 10 Sarawak Tahniah Kpd BN

PRN 10 Sarawak
Lambang Kegagahan Lelaki Tua Belum Puas Dengan Rasa Muda
Bersama Teman-teman Bina Nafsu

Hai Santubung....
Hai Kenyalang....
Cantik sungguh rimbunan rimba dan warna-warni bulumu
Secucuk dirimu berdua dengan pelbagai impian dan falsafah
dan
inspirasi di perdu dedap dan puncak tinggi di awan
yang sangat mengiurkan manusia semenanjung
dan tok batin-tok batinmu serta kepala suku
yang haus dan tersilau dengan kilauan mas.

Hai Santubung...
Hai Kenyalang...
Ku lihat usia keindahanmu menghampiri kubur
Kelihatan juga sarangmu akan tersungkur
Kerana
Bumimu akan diteroka oleh kebuasan manusia
Yang menabur wang seribu
tetapi membawa pulang berjuta.

Kau gembira terpedaya
dalam gairah dan harapan
untuk mendapat pembangunan.
Lorong dan susur-susur denaimu
akan menjadi jalan dan lebuh raya
Becak dan lopak akan hilang.

Tapi sayang...
hanya mereka dan kroni yang kaya
manakala anak cucumu terus merangkak di paya
kerana kekayaan bumimu tidak diberi sama rata.
Hasil tanganmu yang memilih mereka
yang kau sangka berkuasa tetapi sebenarnya buaya.

Hai Santubung...
Hai Kenyalang...
Semoga keindahan bumi dan gunung-ganangmu
dan kecantikan warna bulu dan keunikan paruhmu
tidak hanya tinggal kenangan
dalam memori cucu-cicitmu.
Akibat dari dirimu yang terpedaya dengan kebuasan
terhadap pembangunan yang dibangun dengan seribu penyelewengan.

Oleh Tun Sheikh
Kampung Setingan Serawak
Johor Bahru
17 April 2011

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Puisi Sastera
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere