Merdeka 31 Ogos 2013
Merdeka
tahun ini seperti kabut yang menutupi
Dan
kabut itu adalah gairah dan ceria hari
raya puasa
Pemimpin BN
kelihatan lesu tidak bermaya
Kerana tidak
sanggup berbelanja
Menggunakan
wang sendiri mahupun dari kerbau sembelihan.
Duit kantung
pribadi yang digarap secara rasuah tidak
lagi untuk rakyat seperti dulu-dulu
Setelah
kantung parti dan duit kerajaan tertabur di hari pilihan raya.
Garis-garis
kerisauan jelas terpampang di wajah mereka.
Para ceti
kapitalis telah mula mendesak naik harga
Kerana wang
ditaburkan itu berjuta-juta.
Rakyat pula
sudah berkira-kira lokek untuk membeli bendera
Kerana muak
dengan penipuan BN yang menjadikan hari kemerdekaan
Seperti hari
milik parti mereka sahaja.
Merdeka
tahun ini seperti melepas batuk di tangga
Kerana
suasana pilihan raya masih terasa
BN menang
hasil konspirasi duniawi
Hujung di
suatu sudut yang hitam
Mereka
berperang dengan pelbagai rasa
Untuk
memulangkan modal para kroni
Dengan
menaikkan harga barang atau apa saja
Dengan penuh
kebimbangan, cuak dan curiga
Kerana
rakyat yang bodoh akan dikorbankan lagi.
Oleh Tun Sheikh
Padang Pahlawan Melaka 31.8.2013